bermula harinya..=)

Penulisan blog ini bermotifkan membantu para pelajar untuk memperoleh semaksima ilmu pengajian am kertas 1 dan kertas 2. Ilmu pengajian am ini bukan sahaja bagi tujuan peperiksaan STPM tetapi apa yang penting adalah untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Segala ilmu pengajian am yang ada pada saya akan saya curahkan kepada para pelajar semua dalam blog ini. Semoga dengan adanya penulisan blog ini sedikit sebanyak dapat membantu para pelajar semua dalam mendalami ilmu pengajian am seterusnya mendapat A dalam peperiksaan STPM yang bakal dihadapi kelak. Segala perkongsian bahan, pertanyaan, kritikan membina ataupun komen dialu-aluakn. Semoga kite bersama-sama diberkati atas usaha kecil kita ini.

Segalanya kuserahkan..

Friday, September 17, 2010

salam

jawapan untuk latihan yang saya berikan boleh diperolehi dalam blog ini...tqvm

Tuesday, May 18, 2010

Pengenalan...

BAHAGIAN D (PROSA KEPADA BENTUK GRAFIK)
1) Soalan bahagian ini terdapat dalam kertas 2, iaitu soalan 7 dan 8. Pelajar diarahkan bagi menjawab salah satu soalan yang dikemukakan.
2) Pelajar dikehendaki mempersembahkan fakta dan maklumat yang terdapat dalam karangan yang berbentuk prosa atau naratif kepada bentuk grafik yang dikehendaki oleh soalan berupa jadual, graf, carta, dab pelbagai bentuk teknikal yang lain.
3) Tujuan pelajar diuji dalam bahagian ini ialah:-
  • bagi menguji kecekapan pelajar bagi mengilustrasikan maklumat dalam bentuk prosa kepada bentuk grafik yang sesuai selari dengan kehendak soalan.
  • Menguji kebolehan dan kecekapan pelajar membuat pengiraan matematik mudah berasaskan nilai mutlak, tambah, tolak, bahagi dan darab.

4) Soalan ini menyumbang 15 markah dan masa yang saya cadangkan kurang daripada 40 minit.